Khasiat Kayu Kokka
Khasiat Kayu Kokka Kayu kokka adalah tidak asing lagi bagi masyarakat islam khususnya, bahkan pada masa ini pelbagai jenis produk telah dihasilkan daripada kayu tersebut, antaranya seperti tasbih, cincin, minyak dan yang terbaru adalah pati untuk diminum. Walaupun tiada dalil al-quran dan assunnah tentang menerangkan khasiat kayu kokka ini. Namun kajian saintifik menunjukkan kayu kokka ini adalah kayu yang paling bermutu tinngi. khasiat kayu kokka sebagaimana disebut dalam buku "Mushaf * Tasbih * Tongkat - Koleksi Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzaddin Wad daulah" susunan Pehin Mufti Negara Brunei Darussalam, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (mufti sekarang ini) yang diterbitkan pada tahun 2001 oleh Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Pada halaman 235 - 236 dinyatakan:- Terdapat tiga jenis kayu kuka asli, iaitu Kuka Nigeria, Kuka Iran dan Kuka Turki. Kayu Kuka dipercayai mempunyai khasiat yang banyak. Antara lain kh